Ini entry bajet masa sebab nak kejarkan Nora Elena dekat tonton.com. Boleh macam tu? Hihihi. So aku start story pasal si kenit tercinta.
Alhamdulillah, Iznur dah setahun pada tiga belas hari bulan hari tu. Sekejap betul masa berlalu. Best ada anak buah ni tau tak. Banyak kenangan dalam angan dan sedar mengambil tempat dalam ingatan. Dan hari hari kau rasa makin muda, bila hari hari kau gelak, senyum lebar kemain. Betul tak tipu.
Iznur budak yang suka senyum. Selalu je buat aku cair tak jadi nak marah. Dengan gigi dua bawah, aku nampak dia comel sangat. Bila dia gelak terkekeh kekeh, aku pun macam terjoin sama. Kadang kadang tu rasa tak lawak pun, tapi tetap bantai gelak bagai nak gila tengok dia. Aku suka je buli dia ni. Tapi asal nak kalah dia datang bawa geng. Tak boleh blah betul. Backup besar budak kenit ni. Silap hari bulan elaun bulanan aku mahu kena potong tau.
Senang pun senang jaga si kenit ni. Dia ni kalau bab berjalan memang nombor satu. *Ehem. . macam cakap untuk diri sendiri kan. whatever! Kira tak ada hal kalau nak bawa dia pergi melepak bagai kan. Bila member member start selongkar beg aku, tengok ada pampers, susu, baby bites memang boleh rangkul anugerah "Baby Sister of The Year'. Damn! Terus rasa nak cubit diri sendiri, sebab lupa nak keluarkan. :P
Bila bab pakai pampers, totally rasa macam dalam realiti show "Anda ada 15 saat". Jenuh eh! Kau boleh terduduk tersandar terbaring kepenatan tau tak. Kemain aktif si kenit ni la. =_______= "
Dan bab main dia memang sangat survive. Sorang sorang pun jadi. Tapi yang jadi hal kalau dia tidur dengan kau, dan dia bangun awal daripada kau. Masak weh! Muka kau dikudakannya. Boleh imagine tak? Rambut kau dia buat main tarik tali pula lagi. Belum kau disondolnya. Bila kau bangun dan mula buka mata, dia akan senyum sambil tepuk tangan. Terus rasa nak peluk ketat ketat sebab berlaku sangat comel. :)
Rancangan tv favourite Iznur Tom Tom Bak, dan Upin Ipin. Memang riuh rumah dengan suara dia je. Terus rasa nak ambil bantal landing depan tv layan sekali. *Hahaha. Dan channel tv favourite Iznur Astro Oasis. Bila keluar je ayat ayat quran, nasyid bagai. Dia akan duduk diam diam tengok dan dengar. Kau mampu? :))
Tapi semuanya batal bila Iznur tak sihat. Makan tak lalu, main tak nak, muka kuyu. Tak sampai hati kot nak tengok. Kesian sangat. Tengok dia nangis makan ubat *bluekkkk rasa nak tolong makankan je untuk dia. Tapi aku sendiri susah nak makan ubat macam mana? =__________= ;
Pernah satu hari tu, only two of us je yang ada kat rumah, dia kembung perut. Menangis sampai tak keluar suara. Time tu aku punya la panik. Terus lompat katil lari dari bilik ke bilik cari minyak angin nak urut perut dia. Dan alhamdulillah Iznur kentut juga lepas beberapa ketika diurut, perut pun dah tak keras tadi. Aku nangis kat situ juga. Sungguh aku takut pada kehilangan lagi. NO! Mungkin masa tu dia tahu keadaan aku, dia tepuk tepuk aku.*nangis
Dan aku nak dia tahu, "makcu sayang Iznur sangat sangat sangatttttttt . . . .".
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
PART TWO : My 22nd Birthday! :)
Ok tahu dah korang nak cakap entry kali ini panjang kan? hihi.
9th August is my birthday. And yes I have been living in this world for twenty two years already. Alhamdulillah. Big thanks for those who wish me happy birthday, irrespective of whether it is towards my mobile phone, facebook or even private message me. Seriously, I am very grateful and appreciate it alot. Dan tak dilupakan juga, yang sama sama merancang dan menjayakan surprise birthday party untuk aku. Memang suprise habis and terharu sangat sangattttt! *Ok mula kesat air mata balik.
And finally, aku nak berubah, terus berubah dan mengubah seiring dengan umur. Insyallah. See yeah!


0 comments:
Post a Comment