Saturday, 26 February 2011

Kadang kadang kita merindui masa silam kita, tapi apakan daya semua itu sudah berlalu.

Salam buat semua yang membaca.


Tanpa semalam, tiadanya hari ini. Tanpa hari ini, tiadanya esok. Dan adanya kita pada hari ini juga kerana masa silam kita. Aku mengakui akan masa silam yang pernah kita kongsi bersama adakalanya singgah untuk dikenang. Dan aku sedih, kerana semuanya telah menemui titik noktah. Aku redha. Tiada apa yang mampu aku lakukan selain daripada itu. Mungkin apa yang terjadi ini, sebagai balasan akan apa yang pernah kita lalui bersama kan?


Syukur alhamdulillah, tuhan masih memberi ruang dan kesempatan untuk aku "mempositifkan" apa yang "negatif". Terima kasih. Kini aku bahagia dalam meniti hari hari yang datang. Semoga kau juga merasa bahagia itu. Dan selamanya kita kawan . . . .


Izinkan aku memanggil kau dengan panggilan pakcik lagi walau hanya sekali cuma. Terima kasih. Salam sahabat. - Makcik

2 comments:

HonEyBuNNy said...

salam..ila suka la tajuk entry neh....suka sgt2....betul tu setuju..nak copy tajuk entry letk lam fb...tq..hehhe

Aiza Syahida said...

sila2. :)